Gambaran keseluruhan Fit for Action

Siri ini diumumkan oleh TV3 pada Mei 2021 dan dijadualkan untuk tayangan pada Ogos, diikuti oleh ujibakat yang mempelawa golongan belia yang mempunyai bakat dalam bidang lakonan untuk menyertai rancangan ini.[5][6]

Sesi uji bakat peserta telah diadakan pada awal Februari 2022 dan menerima sambutan yang amat menggalakkan. Namun, hanya 12 peserta terpilih yang terdiri daripada 6 lelaki dan 6 perempuan diuji keupayaan fizikal, emosi dan kebolehan berlakon pelbagai genre menerusi cabaran lakon layar dan cabaran fizikal.[7]

Pada setiap episod, peserta diberikan cabaran video lakon layar dan juga akan menerima skrip untuk menjayakan satu babak lakonan yang diberikan oleh pengarah dan penerbit. Cabaran tersebut akan dirakam, disunting dan dihasilkan sebagai sebuah drama pendek berdurasi selama 3 minit bagi tujuan penjurian.[7]

Rujukan

WikiPedia: Fit for Action https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2022/... https://www.kosmo.com.my/2022/09/02/fit-for-action... https://www.kosmo.com.my/2021/05/28/fit-for-action... https://ohbulan.com/muaz-zabir-raden-rangkul-gelar... https://www.youtube.com/playlist?list=PLaXOt0nSNIu... https://www.budiey.com/fit-for-action/ https://www.getaran.my/artikel/filem-tv/30119/fit-... https://www.getaran.my/artikel/selebriti/29675/ter... https://www.hellokerja.com/2022/09/senarai-peserta... https://www.aimanabdullah.com/2022/10/senarai-peme...